Tidak Ada Usaha Baik Pulih Jambatan Gantung Uzur Di Kampung Pamah Aur, Lipis?

TULAR:
786
Gambar hiasan. Sumber: jkr.gov.my

PENJELASAN

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai memperjelaskan isu jambatan gantung uzur di Kampung Pamah Aur dekat Lipis, ikutan penyebaran video yang menunjukkan seorang ayah serta anaknya terpaksa menyeberang sungai ke sekolah melalui sebuah jambatan gantung yang terlalu uzur.

Sumber gambar : Facebook

Menurut  Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Pahang, permohonan kerja baik pulih jambatan itu sudah diluluskan Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 21 Disember 2017.

“Saya terkejut mendapat tahu mengenai rakaman klip video itu. Saya sudah berjumpa dengan individu dalam klip video iaitu Abdul Jalil Sulaiman dan beliau berpuas hati selepas mendengar penjelasan yang diberikan. Beliau juga meminta maaf dengan kejadian itu. Saya harap, jika ada penduduk kawasan berkenaan yang tidak berpuas hati atau mempunyai sebarang persoalan berhubung masalah di kawasan mereka, tolong datang bertemu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau penghulu atau berjumpa dengan saya sendiri.”

Beliau turut berkongsi dokumen kelulusan permohonan projek baik pulih jambatan gantung terbabit. Berdasarkan surat kelulusan itu, peruntukan sebanyak RM462,414,40 sudah diluluskan JKR untuk kerja baik pulih yang dijadualkan akan dimulakan pada 8 Januari 2018. Menurut beliau lagi, pihak JKKK juga menyediakan bot untuk memudahkan penduduk menyeberangi sungai berkenaan.

SUMBER :

Berita Harian

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI