Kadar Jenayah Di Petaling Jaya Meningkat?

TULAR:
544

PENJELASAN :

Pihak polis memperjelaskan dakwaan bahawa kadar indeks jenayah Petaling Jaya meningkat sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), usaha Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membenteras kegiatan jenayah membuahkan hasil apabila peratusannya turun sebanyak 17 peratus pada 2017 berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, penurunan tersebut juga melepasi sasaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada mereka iaitu penurunan 10 peratus.

“Namun begitu, ini tidak bermakna kami akan terus berpuas hati, malah akan lebih berusaha untuk mengurangkan lagi jenayah di daerah ini.”

SUMBER : 

Facebook Pois Diraja Malaysia

Utusan Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI