PALSU:
Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, berkenaan sebuah laman sesawang pelancongan yang melaporkan kononnya empat bandar di Malaysia tersenarai antara sepuluh bandar yang berbahaya di rantau Asia.
Artikel tersebut dimuatnaik dan ditularkan pada tahun 2016.
Laman tersebut menyenaraikan Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Klang dan Johor Bahru antara sepuluh bandar paling berbahaya di Asia.
Versi Terkini. Tular: Mac 2019
Versi Terdahulu. Tular: Mei 2016
SEBENARNYA:
Menurut bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tuntutan artikel tersebut adalah palsu.