12,000 Pengawal Sekolah Ditamatkan Kontrak?

TULAR:
1544

PENJELASAN:

Tular di media sosial dakwaan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menamatkan kontrak syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan, sekali gus menyebabkan 12,000 pengawal keselamatan sekolah terkesan.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

Kementerian Pendidikan (KPM) dengan tegas menafikan dakwaan pihaknya tidak menyambung kontrak syarikat-syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan yang telah tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Disember 2018 yang lalu.

Sebaliknya. KPM ingin menegaskan kontrak syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan yang tamat tempoh pada 31 Disember telah ditender semula mengikut keperluan semasa norma baharu KPM.

Kontrak yang ditender semula sudah disertai oleh syarikat-syarikat kawalan keselamatan yang berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kewangan berdasarkan keperluan semasa seperti bilangan syif dan pekerja. Antara syarikat-syarikat yang pernah mendapat kontrak daripada KPM sebelum ini juga menyertai proses tender. Segala proses tender dijalankan secara adil, telus dan penuh berintegriti.

KPM sekali lagi ingin menegaskan penawaran kontrak baharu bagi perkhidmatan berkaitan adalah berdasarkan kepada skop dan spesifikasi yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak iaitu syarikat yang dilantik dan KPM.

SUMBER:

Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

Berita Harian

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI