Waspada Cuaca Panas Semasa Penghujung Monsun Timur Laut

TULAR:
984
Sumber gambar: met.gov.my

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan cuaca panas pada penghujung Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada hujung bulan Mac 2019.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD):

Secara klimatologinya, tempoh penghujung Monsun Timur Laut merupakan tempoh kurangnya taburan hujan di seluruh negara kecuali di barat Sarawak. Dalam tempoh ini, ketiadaan hujan atau taburan hujan yang rendah dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan keadaan cuaca yang panas.

Keadaan cuaca panas yang dialami di kebanyakan kawasan negara dalam tempoh ini dijangka beransur reda bermula hujung April 2019 berikutan bermulanya fasa peralihan monsun yang membawa lebih banyak taburan hujan ke seluruh negara.

Semasa tempoh cuaca panas dan kering, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati melakukan aktiviti luar, tidak melakukan pembakaran terbuka dan minum air secukupnya. Selain itu, orang ramai perlu sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web, aplikasi my Cuaca dan media sosial MMD.

SUMBER:

Facebook Rasmi MMD


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI