Kes Culik Kanak-Kanak Sekolah Di Kampung Banggol Peradong, Terengganu?

TULAR:
1525

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya wujud kes culik yang membabitkan kanak-kanak sekolah di Kampung Banggol Peradong, Manir.

Sumber gambar: Sinar Harian

SEBENARNYA:

Pihak polis menafikan wujud kes culik membabitkan kanak-kanak sekolah di Kampung Banggol Peradong, Manir.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut.

“Kita sahkan sehingga kini belum menerima sebarang maklumat atau laporan polis daripada mana-mana mangsa berhubung kejadian itu.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI