PALSU:
Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya seorang lelaki bernama Mohd Faris Farhan Bin Akhlaken Ahmad dikehendaki oleh pihak polis ekoran aktif dalam kegiatan penjualan organ manusia dan perogol bersiri di Malaysia dan sempadan Thailand.
Dakwaan mesej tersebut juga kononnya dikeluarkan oleh Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), ACP Datin Asmawati Ahmad.
Versi Terkini. Tular: Februari 2019
Versi Terdahulu. Tular: Jun 2014
SEBENARNYA:
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM):
PDRM ingin mengesahkan bahawa mesej tular tersebut adalah tidak benar dan ia merupakan mesej palsu yang diulang siar beberapa kali semenjak tahun 2014 lagi bagi tujuan membangkitkan kegusaran dan ketakutan tanpa asas dalam kalangan orang ramai.
PDRM tidak pernah menerima sebarang maklumat sahih atau laporan polis yang dibuat berkaitan kejadian penculikan untuk tujuan penjualan organ di negara ini.
Masyarakat dinasihatkan untuk tidak mudah percaya dengan berita-berita sensasi yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.