Gambar Mayat Seorang Pelajar Sekolah Dalam Keadaan Mengerikan Di Masai, Johor?

TULAR:
2547
Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular di media sosial beberapa keping gambar mayat seorang pelajar sekolah ditemui dalam keadaan amat mengerikan di sebuah lokasi yang didakwa kononnya berlaku dalam negara.

Sebaran turut disertakan dengan rakaman suara yang mengatakan satu kejadian disahkan polis berlaku di Masai, Johor.

Sumber gambar: Sinar Harian

SEBENARNYA:

Semakan mendapati kejadian itu bukan berlaku di Malaysia.

Sebaliknya satu kejadian bunuh melibatkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang berlaku di Tanjung Medan, Riau, Indonesia pada 24 Oktober tahun lalu.

Berkenaan dengan rakaman suara berkenaan, ia tidak mempunyai kaitan dengan sebaran gambar berkenaan.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI