Terdapat Produk Herba Untuk Memulih & Mencegah Demam Denggi?

TULAR:
1205

PENJELASAN:

Tular di media sosial iklan mengenai dakwaan produk herba dengan tuntutan untuk memulih dan mencegah demam Denggi.

Gambar hiasan. Sumber gambar: Facebook NPRA

Menurut kenyataan rasmi  Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima aduan mengenai produk herba yang diiklankan melalui media sosial dengan tuntutan untuk memulih dan mencegah demam Denggi.

KKM melalui Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) tidak pernah meluluskan sebarang produk herba dengan tuntutan untuk memulih dan mencegah demam Denggi, Zika atau Chikungunya.

KKM juga ingin menegaskan bahawa semua pengiklanan bagi produk yang berdaftar dengan PBKD perlu mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU), KKM sebelum disiarkan kepada orang awam.

KKM ingin mengingatkan orang awam agar tidak mudah percaya dengan tuntutan meragukan yang dibuat pada sebarang produk. Sebarang maklumat berkenaan produk ubat yang meragukan boleh disalurkan kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pautan https://www.npra.gov.my/index.php/public-enquiry-complaints/contact-us atau menelefon talian 03-7883 5400 atau emel [email protected].

SUMBER:

Ketua Pengarah Kesihatan

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI