Kes Pembunuhan Siti Masitah Ada Kaitan Dengan Sindiket Penculikan Dan Penjualan Organ Dalaman Kanak-Kanak?

TULAR:
4674

PENJELASAN:

Tular di media sosial dakwaan bahawa kes pembunuhan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Siti Masitah Ibrahim mempunyai kaitan dengan sindiket penculikan dan penjualan organ kanan-kanak.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang, Datuk Othman Nanyan, laporan bedah siasat terhadap mayat Siti Masitah di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), menunjukkan punca kematian disebabkan kecederaan pada kepala.

Beliau juga menafikan penularan berita tidak berasas bahawa terdapat organ badan mayat Siti Masitah yang hilang kononnya dikaitkan dengan aktiviti penjualan organ manusia.

Beliau berkata, “Kita tidak menolak kemungkinan, keadaan mayat yang tidak sempurna boleh diakibatkan oleh haiwan liar dan faktor mayat terdedah dalam masa yang panjang”.

SUMBER:

Berita Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI