Menteri Kewangan Keluarkan Larangan Melakukan Umrah Menerusi Agensi Pelancongan Swasta?

TULAR:
1033

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa Menteri Kewangan telah mengeluarkan kenyataan yang menghendaki orang Islam melakukan Umrah hanya melalui Tabung Haji dan bukan melalui agensi pelancongan swasta.

Sumber Gambar : Facebook

SEBENARNYA:

Kementerian Kewangan(MOF) menegaskan bahawa Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng dan MOF tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau arahan yang menghendaki orang beragama Islam melakukan Umrah hanya melalui Tabung Haji dan bukannya melalui agensi pelancongan swasta/bebas yang telah dihalang daripada menawarkan pakej-pakej Umrah. Tuduhan yang telah dilemparkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini langsung tidak berasas dam MOF tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan hal ini.

SUMBER:

Facebook MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI