PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat enam pekerja rentung dalam insiden kebakaran Kilang Kemaman Bitumen Company (KBC) di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong.
SEBENARNYA :
Orang ramai terutama pengguna media sosial diingatkan tidak membuat spekulasi dan menyebarkan berita palsu tentang kebakaran Kilang Kemaman Bitumen Company (KBC) di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong.
Ahli Parlimen Kemaman, Alias Abdul Hamid berkata, berita yang disebarkan dalam media sosial terutama Facebook dan aplikasi WhatApp kononnya enam pekerja rentung dalam insiden itu adalah tidak benar.
Katanya, berdasarkan maklumat yang diterimanya cuma seorang pekerja syarikat kontraktor penyelenggaraan yang mengalami kecederaan akibat kejadian berkenaan.
“Sebaran berita palsu hanya akan membuatkan orang panik dan saya harap ia dihentikan. Kita harap penduduk sekitar kawasan ini tidak panik dan maklumat berkaitan kebakaran akan diberikan dari semasa ke semasa.”
SUMBER :
Sinar Harian