Menteri Pendidikan Arahkan Supaya Sekolah Memberikan Sumbangan Kepada Tabung Harapan?

TULAR:
711

PENJELASAN:

Kementerian Pendidikan memperjelaskan dakwaan bahawa Menteri Pendidikan telah  mengarahkan supaya semua sekolah memberi sumbangan kepada Tabung Harapan.

Sumber Gambar : Facebook

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan:

Kementerian Pendidikan ingin mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa YB Dr Maszlee Malik,Menteri Pendidikan Malaysia tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan bertulis atau lisan kepada sekolah-sekolah khususnya di Negeri Kelantan untuk memberikan sumbangan kepada Tabung Harapan sebagaimana dakwaan yang tular di media sosial.

Hasil siasatan yang dijalankan, ia adalah inisiatif Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan yang melaksanakan kempen kutipan Tabung Harapan di sekolah-sekolah seluruh jajahan Negeri Kelantan. Walau bagaimanapun pelancaran kutipan tabung berkenaan telah dibatalkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

SUMBER:

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI