PALSU :
Tular di media sosial mengenai dakwaan sayur fucuk yang dibeli di sebuah pasaraya di Mersing Johor dibuat dari plastik.
Sumber gambar: Laman web rasmi Ketua Pengarah KKM
SEBENARNYA :
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menafikan dakwaan sayur fucuk dibeli di pasaraya diperbuat daripada plastik.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan siasatan di pasaraya yang menjual fucuk tersebut dan seterusnya menjalankan siasatan di premis pemprosesan fucuk berkenaan. Hasil siasatan Kementerian Kesihatan mendapati bahawa dakwaan tersebut adalah tidak berasas.
SUMBER :
Laman web rasmi Ketua Pengarah KKM