Malaysia Import Tiga Jenama Beras Palsu Yang Dihasilkan Daripada Plastik?

TULAR:
3719

PALSU :

Tersebar di media sosial dakwaan bahawa Malaysia mengimport tiga jenama beras palsu yang dihasilkan daripada plastik. Jenama-jenama tersebut adalah Kokeshi Rice, Kohinoor Basmati Rice dan NICR.RICE.

Sumber Gambar: Facebook


SEBENARNYA :

Kementerian Kesihatan Malaysia menafikan dakwaan bahawa Malaysia mengimport isu beras palsu seperti yang tersebar dalam media sosial. Dakwaan itu mengatakan bahawa beberapa jenis beras dengan jenama Kokeshi Rice, Kohinoor Basmati Rice dan NICR.RICE adalah beras palsu yang dihasilkan daripada plastik.

Menurut Pihak Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS), Malaysia tidak mengimport jenis beras dengan jenama terbabit. Hasil pemantauan Kementerian Kesihatan ke atas beras yang dijual di pasaran juga mendapati bahawa jenis beras dengan jenama terbabit yang didakwa dihasilkan daripada plastik tidak dijual di negara ini.

SUMBER :

KKM

MStar

BHarian

SinarHarian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI