Kerajaan negeri belanja RM 500,000 beli 3 batang Pokok Sutera?

TULAR:
798

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa pembelian 3 pokok sutera sebagai mercu tanda di Bandar Baharu Kuala Nerus menggunakan peruntukan kewangan negeri.

Sumber : Facebook


SEBENARNYA :

Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu menafikan pembelian pokok ‘Ceiba Chodatii’ yang menjadi mercu tanda Bandar Baharu Kuala Nerus melibatkan sebarang kos kewangan kerajaan negeri.

Pengarah JKR Terengganu, Ir Ab Hamid Md Daud sebaliknya berkata, pembelian pokok yang diimport dari Brazil itu ditanggung kontraktor utama projek itu dan ia juga tidak termasuk dalam skop projek.

SUMBER :

BERNAMA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI