Fucuk Dibeli Di Pasaraya Di Mersing Diperbuat Dari Plastik?

TULAR:
807

PALSU :

Tular di media sosial mengenai dakwaan sayur fucuk yang dibeli di sebuah pasaraya di Mersing Johor dibuat dari plastik.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber gambar: Laman web rasmi Ketua Pengarah KKM


SEBENARNYA :

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menafikan dakwaan sayur fucuk dibeli di pasaraya diperbuat daripada plastik.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan siasatan di pasaraya yang menjual fucuk tersebut dan seterusnya menjalankan siasatan di premis pemprosesan fucuk berkenaan. Hasil siasatan Kementerian Kesihatan mendapati bahawa dakwaan tersebut adalah tidak berasas.

SUMBER :

Laman web rasmi Ketua Pengarah KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI