PENJELASAN :
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat gangguan bekalan air sepertimana yang hangat diperkatakan.
Gambar hiasan. Sumber gambar : Citizen Journalist
Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Jaseni Maidinsa dalam kenyataan berkata Kerja penyenggaraan elektrik dan penyambungan paip akan dijalankan di Loji Rawatan Air (WTP) Sungai Dua, Seberang Perai Utara dari 9 pagi hingga 3 petang pada 23 September 2017.
Berikutan itu, sesetengah pengguna akan mengalami tekanan rendah air sekiranya berlaku permintaan lebih tinggi daripada biasa.
“Bagaimanapun, PBAPP akan berusaha untuk memastikan kerja yang dijadual dilakukan dari 9 pagi hingga 3 petang pada Sabtu itu tidak menggangu bekalan air di kawasan Seberang Perai dan Pulau Pinang,” katanya.
SUMBER :