JPJ Akan Dijenamakan Semula?

TULAR:
522
Gambar hiasan : Sumber : JPJ

PENJELASAN :

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperjelaskan dakwaan bahawa ia akan menjalani proses penjenamaan semula sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : JPJ

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharuddin Khalid berkata JPJ akan menjalani proses penjenamaan semula supaya tidak dilihat sebagai satu jabatan yang menyusahkan rakyat.

Menurut beliau, sistem dan prosedur di JPJ akan disemak semula, jika ia didapati menyusahkan rakyat.

Beliau turut berazam untuk meningkatkan tadbir urus jabatan tersebut bagi menjadikannya agensi penguat kuasa jalan raya yang cemerlang dan unggul di ASEAN.

SUMBER :

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI