Polis Tahan Tokan Dadah, Dewali Keramat?

TULAR:
496

PALSU : 

Tular di media sosial dakwaan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menahan tokan dadah yang dikenali sebagai Dewali Keramat yang dipercayai pembekal dadah kepada suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA :

 

PDRM menafikan menahan tokan dadah yang dipercayai membekalkan dadah kepada suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sepertimana yang tular di media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh  Ishar Singh berkata, tiada tangkapan dibuat pihaknya seperti dilaporkan.

SUMBER : 

Polis Diraja Malaysia

Sinar Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI