Gangguan Siaran DTT Di Beberapa Negeri?

TULAR:
876
Gambar hiasan. Sumber: says.com

PENJELASAN:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperjelaskan isu siaran Televisyen Terestrial Digital (DTT) yang telah mengalami gangguan di beberapa kawasan yang membabitkan negeri Sarawak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang memantau rapi gangguan perkhidmatan Televisyen Terestrial Digital (DTT) yang berlaku awal hari ini.

Gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh beberapa isu komersial yang tidak selesai antara pihak MYTV dan vendor. Usaha-usaha mitigasi untuk mengatasi masalah tersebut sedang dilakukan dan akan ditangani dengan secepat mungkin.

Para penonton bagaimanapun, masih boleh menonton rancangan-rancangan yang disediakan oleh perkhidmatan televisyen tidak berbayar di platform analog.

SUMBER:

Facebook Rasmi MCMC


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI