Ganjaran RM1000 Baucer Petrol Dengan Aduan Di KPDNKK?

TULAR:
615

PALSU:

Tular di media sosial mengenai dakwaan kononnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi ganjaran baucer petrol bernilai RM1000 kepada pengguna yang membuat aduan di laman web rasmi KPDNKK

Sumber gambar: laman Facebook KPDNKK.

SEBENARNYA :

KPDNKK melalui Unit Komunikasi Korporatnya menafikan tular yang kononnya pihak Kementerian menawarkan RM1000 berupa baucer minyak kepada pengguna yang membuat aduan melalui saluran aduan rasmi KPDNKK iaitu [email protected].

SUMBER :

Laman Facebook rasmi KPDNKK


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI