GST Sifar Tidak Turunkan Harga Barang?

TULAR:
442

PENJELASAN:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memperjelaskan dakwaan bahawa perlaksanaan 0%GST tidak menurunkan harga barang.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail, harga barangan dilihat kekal kerana penurunan  harga hanya bermula dari 0.04 hingga 13 peratus dan melibatkan 70 peratus daripada 417 barangan basah, kering, keperluan bayi dan lain-lain.

“Sebenarnya kenaikan tidak berlaku tetapi jumlah penurunan harga barangan itu sangat kecil, ia tidak mencapai 30 hingga 40 peratus. Apabila kita semak aduan, terdapat dua kategori yang paling besar iaitu harga tidak berubah dan harga meningkat. Daripada 10 aduan yang diterima, lima daripadanya berkaitan makanan dan minuman di restoran, kedai makan serta medan selera.”

SUMBER:

Sinar Harian

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI