Bank Rakyat Mempunyai Kaitan Dengan Jualan Hari Gaji Bank Rakyat?

TULAR:
782

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Bank Rakyat mempunyai kaitan  dengan Jualan Hari Gaji Bank Rakyat.

Sumber gambar : Whatsapp

SEBENARNYA :

Bank Rakyat menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan Jualan Hari Gaji Bank Rakyat yang tular di media sosial. Menerusi hebahan terbabit, orang ramai telah ditawarkan tapak untuk berniaga serta memaparkan nama individu dan nombor akaun bagi tujuan pembayaran sewa.

Sehubungan dengan itu, orang ramai diminta agar tidak terpedaya dan tidak terus berkongsi maklumat terbabit. Pihak Bank Rakyat telah menjalankan siasatan dalaman dan penama akaun disahkan bukan warga kerja Bank Rakyat atau wakil yang dilantik oleh Bank Rakyat. Selain itu, penama akaun juga tidak didaftarkan sebagai rakan niaga Bank Rakyat dan anak syarikat.

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI