PENJELASAN :
Kementerian Pendidikan memperjelaskan dakwaan bahawa guru diarahkan hadir ke sekolah untuk urusan pejabat, walaupun ketika cuti persekolahan, sepertimana yang tular di media sosial.
Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, guru tidak perlu hadir ke sekolah pada musim cuti kecuali atas sebab rasmi seperti kursus atau peperiksaan. Beliau turut menegaskan bahawa perkara itu sudah dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) sejak sekian lama.
SUMBER :