Lalulintas Di Cheras Terhalang Ekoran Muatan Treler Jatuh Atas Jalan Raya?

TULAR:
752

PENJELASAN :

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan yang tular mengenai halangan lalulintas di Cheras, ekoran muatan gegelung besi dari sebuah treler jatuh ke atas jalan raya.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut jurucakap Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, anggota polis trafik telah ke lokasi kejadian bagi mengawal lalu lintas memandangkan gegelung yang jatuh dari treler berkenaan telah menghalang laluan kenderaan lain dan berlaku kesesakan.

“Polis trafik bertindak menutup sepenuhnya laluan terowong tersebut sementara menunggu bantuan kren dari Nilai, Negeri Sembilan.”

Kejadian itu tidak melibatkan kecederaan atau sebarang kerosakan pada kenderaan lain.

SUMBER:

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI