Bantuan Kepada Etnik Rohingya Di Bangladesh Adalah Satu Pembaziran?

TULAR:
481

PENJELASAN :

Pihak kerajaan memperjelaskan dakwaan kononnya bantuan kemanusiaan dan infrastruktur yang disalurkan Malaysia kepada etnik Rohingya di Bangladesh adalah satu pembaziran sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, penubuhan infrastruktur seperti hospital medan adalah sumbangan penting bagi Malaysia dalam arena politik antarabangsa dan ia adalah satu tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan untuk menyalurkan sumbangan di peringkat antarabangsa.

Disebabkan itu, kerajaan daripada pelbagai negara termasuk Malaysia terus menyalur bantuan melalui beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM),” katanya.

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI