Petrol RON92 Diperkenalkan Semula?

TULAR:
830

PENJELASAN:

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) memperjelaskan cadangan beberapa pihak kepada kerajaan dan syarikat minyak supaya memperkenalkan semula petrol RON92 sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Ahli Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), Dr Wong Shaw Voon berkata, walaupun harga petrol RON92 lebih murah berbanding RON95 dan RON97, tetapi tidak semestinya ia boleh diterima kebanyakan pengguna di negara ini.

Menurut beliau, “Walaupun RON92 masih boleh digunakan untuk sesetengah model kereta lama, tetapi jenis petrol ini sudah dianggap ketinggalan zaman. Ia bukan sahaja dikatakan boleh mencemarkan alam persekitaran dan kesihatan manusia, malah turut mencepatkan kerosakan enjin kereta.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI