Kejadian Penyakit Demam Tifoid Di Sarawak?

TULAR:
642

PENJELASAN :

Kementerian Kesihatan Malaysia memperjelaskan laporan mengenai kejadian wabak penyakit Demam Tifoid di Sarawak sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa satu kejadian wabak penyakit Demam Tifoid telah dilaporkan berlaku pada 02 November 2017 di Long Urun, Sungai Asap, daerah Belaga, bahagian Kapit, Sarawak. Long Urun terletak kira-kira 75km dari Klinik Kesihatan Sungai Asap, Belaga dan kira-kira 215 km perjalanan darat ke hospital terdekat iaitu Hospital Bintulu di Bahagian Bintulu.

Sehingga 24 November 2017, sebanyak sembilan (9) kes telah dikesan termasuk seorang pembawa sihat (carrier). Semua kes telah dimasukkan ke Hosital Bintulu untuk rawatan.

Situasi wabak adalah dalam keadaan terkawal dan tiada kes kematian dilaporkan.

SUMBER :

Ketua Pengarah Kesihatan

Bernama

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI