Air Minuman 3P Mempunyai Sijil Halal JAKIM?

TULAR:
994
Gambar hiasan : Sumber : JAKIM

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya Jabatan Kemajuan Islan Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan sijil halal kepada produk minuman Air 3 P yang didakwa menggunakan ayat-ayat Ruqyah .

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA:

Menurut JAKIM, produk minuman Air 3 P belum memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Penyalahgunaan logo halal pada produk berkenaan kini dalam proses siasatan.

Selain itu, JAKIM tidak pernah memberi pensijilan halal pada produk yang mendakwa menggunakan ayat-ayat Ruqyah. Ianya sejajar dengan Pekeliling Pensijilan Halal Malaysia Bilangan 2, Tahun 2016 yang melarang penggunaan ayat-ayat ruqyah (Al-Quran) bagi produk yang ingin memohon Pensijilan Halal Malaysia.

SUMBER:

Laman Facebook JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI