Waspada Demam Denggi Musim Cuti Sekolah

TULAR:
719

WASPADA:

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya melindungi diri daripada gigitan nyamuk terutamanya apabila melawat kawasan wabak denggi ketika musim cuti persekolahan.

Gambar hiasan. Sumber: bharian.com.my

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, musim cuti sekolah yang akan bermula akhir bulan November akan menyaksikan pergerakan orang ramai secara meluas boleh menyebabkan jangkitan demam denggi lebih cepat merebak jika terdapat nyamuk Aedes di persekitaran mereka.

Datuk Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya terus mengambil langkah pencegahan melindungi diri daripada daripada gigitan nyamuk terutamanya apabila melawat kawasan wabak sama ada dengan menggunakan bahan penghalau nyamuk (repellen) kepada bahagian badan yang terdedah untuk gigitan nyamuk atau mengenakan pakaian yang menutup anggota badan.

SUMBER:

Ketua Pengarah Kesihatan

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI