18 Pelajar Maut Kemalangan Bas Ekspress Di Segamat?

TULAR:
918
Sumber gambar : PDRM

PALSU :

Tular di media sosial berita kononnya 18 orang pelajar telah maut dalam satu kemalangan bas ekspress di Segamat, Johor.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Polis menafikan berita tular tersebar di laman sosial yang mendakwa 18 orang terdiri daripada pelajar Kolej Vokasional Segamat dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan treler di Kampung Melayu Raya, Segamat.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat meminta orang ramai yang menyebarkan berita berkenaan agar menghentikan penyebaran berita itu.

“Saya nasihatkan orang ramai agar meneliti kesahihan berita dengan menyemak sumber berita atau membuat rujukan dengan pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum berkongsi berita di laman sosial.”

Raub berkata kesemua 20 mangsa yang cedera ringan dan dirawat di Hospital Segamat telah dibenarkan pulang.

SUMBER :

Facebook Polis Johor


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI