JPJ Kutip Wang RM100 Daripada Peserta Program myLesen GDL Bagi Urusan Pendaftaran?

TULAR:
552
Gambar hiasan : Sumber : JPJ

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip bayaran sebanyak RM100 daripada peserta Program myLesen GDL bagi urusan pendaftaran.

Gambar hiasan. Sumber: blogspot.my

SEBENARNYA :

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan mengutip bayaran sebanyak RM100 kepada peserta Program myLesen GDL bagi urusan pendaftaran.

JPJ berkata program itu diwujudkan bagi melesenkan pemandu kenderaan barangan dan menyediakan peluang pekerjaan dengan tajaan penuh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Menurut JPJ lagi, program itu merupakan hasil kerjasama antara Kementerian Pengangkutan, Kementerian Sumber Manusia, institut memandu, Asian Institute of Logistic (ASIL) dan Persatuan Haulier Malaysia (AMH) melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

JPJ tidak pernah berunding dengan mana-mana pihak untuk mengenakan bayaran RM100 kepada peserta myLesen GDL.

SUMBER :

Bernama

Harian Metro

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI