PENJELASAN:
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperjelaskan dakwaan para guru dan pentadbiran sekolah dalam melaksanakan dan menamatkan Kursus i-THINK Luar Talian (KiLT) ekoran bebanan bilangan modul yang perlu dilalui oleh guru, sepertimana yang tular di media sosial.
KPM mengambil berat berhubung keresahan guru dalam melaksanakan Kursus i-THINK Luar Talian (KiLT) yang perlu dibuat pada ketika ini. Sehubungan dengan itu, KPM mengambil keputusan untuk memberi kelonggaran kepada guru dan pentadbiran sekolah menamatkan kursus i-THINK pada bila-bila masa mengikut keupayaan masing-masing.
Pada masa yang sama, KPM akan menambah baik pelaksanaan kursus ini dengan mengurangkan bilangan modul yang perlu dilalui oleh guru.
SUMBER:
Laman Sesawang Kementerian Pendidikan