PDRM Mempertimbang Untuk Meluaskan Operasi FRU Di Sabah Dan Sarawak?

TULAR:
309

PENJELASAN:

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan laporan bahawa PDRM mempertimbang untuk meluaskan operasi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Sabah dan Sarawak sepertimana yang dilaporkan media.

Gambar hiasan.Sumber gambar : NST

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, cadangan memperluaskan operasi berkenaan adalah untuk memperkukuhkan lagi kekuatan sedia ada bagi memastikan isu-isu berkaitan ketenteraman awam sentiasa dalam keadaan terkawal.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya mempunyai 2,400 anggota di seluruh negara yang diserapkan di 21 trup di kawasan semenanjung. Ia dilaksanakan selari dengan arus perubahan semasa dan demi memenuhi aspirasi rakyat Malaysia yang kini cenderung ke arah aspek keselamatan negara dan ketenteraman awam.

SUMBER:

Facebook Polis Diraja Malaysia

New Straits Times 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI