Ketua Menteri Sarawak Bubarkan Sebuah Parti Di Sarawak?

TULAR:
424

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa Ketua Menteri Sarawak telah membubarkan parti Barisan Nasional di Sarawak.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Pejabat Ketua Menteri Sarawak telah mengeluarkan kenyataan bagi menafikan catatan dalam Facebook yang memetik ketua menteri sebagai berkata beliau telah membubarkan parti Barisan Nasional di Sarawak.

Menurut kenyataan itu, “Pejabat ini ingin memperjelaskan bahawa ketua menteri tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu. Catatan ini adalah berita palsu rekaan orang tertentu atas sebab yang hanya mereka sendiri tahu.”

SUMBER :

Bernama

Astro Awani

Facebook Buletin TV3


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI