SPRM Hanya Banteras Rasuah Dalam Sektor Awam?

TULAR:
386

PENJELASAN :

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperjelaskan dakwaan bahawa SPRM hanya menyiasat salah laku dan rasuah di sektor awam tetapi tidak memberi tumpuan sama terhadap sektor swasta dan kerajaan negeri. sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook

Kekurangan maklumat dan laporan salah guna kuasa serta rasuah daripada sektor swasta menyukarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan di sektor berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, pekerja sektor swasta perlu tampil memberi maklumat jika ada gejala berkenaan di tempat kerja mereka.

Menurut beliau, “Walaupun penekanan kami kepada sektor awam, namun dasar SPRM turut menyiasat sektor swasta, korporat dan kerajaan negeri serta mana-mana laporan diterima akan diambil tindakan dan siasatan lanjut.”

SUMBER :

Berita Harian

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI