Guru Resah Melaksanakan Kursus i-Think Luar Talian?

TULAR:
466

PENJELASAN:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperjelaskan dakwaan para guru dan pentadbiran sekolah dalam melaksanakan dan menamatkan Kursus i-THINK Luar Talian (KiLT) ekoran bebanan bilangan modul yang perlu dilalui oleh guru, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook.

KPM mengambil berat berhubung keresahan guru dalam melaksanakan Kursus i-THINK Luar Talian (KiLT) yang perlu dibuat pada ketika ini. Sehubungan dengan itu, KPM mengambil keputusan untuk memberi kelonggaran kepada guru dan pentadbiran sekolah menamatkan kursus i-THINK pada bila-bila masa mengikut keupayaan masing-masing.

Pada masa yang sama, KPM akan menambah baik pelaksanaan kursus ini dengan mengurangkan bilangan modul yang perlu dilalui oleh guru.

SUMBER:

Facebook Menteri Pendidikan

Laman Sesawang Kementerian Pendidikan

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI