PENJELASAN :
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperjelaskan dakwaan bahawa hanya admin kumpulan WhatsApp akan berdepan tindakan undang-undang sekiranya gagal mengawal anggotanya daripada menyebarkan maklumat palsu.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, siasatan akan dijalankan sekiranya terdapat aduan terhadap kandungan yang disebarkan dalam mana-mana aplikasi seperti ‘WhatsApp’, ‘Wechat’, ‘Viber’ dan ‘Telegram’.
MCMC dalam kenyataannya berkata, perbualan dalam mana-mana kumpulan tersebut adalah bersifat persendirian namun adalah menjadi kesalahan bagi seseorang untuk menggunakan perkhidmatan aplikasi tersebut bagi membuat dan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan dan cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.
MCMC telah mengeluarkan garis panduan bagi aplikasi pesanan, seperti di laman web rasmi MCMC.
SUMBER :
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia