PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya Hospital Seberang Jaya (HSJ) telah menerima kes pertama 2019 n-CoV yang melibatkan dua warga asing dari China, dipercayai telah mengunjungi negara Thailand.
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):
Untuk makluman, pihak Jabatan ingin menafikan sepenuhnya kenyataan tersebut. Sehingga 26 Januari 2020, tiada sebarang kes yang disyaki mengalami jangkitan Novel Coronavirus yang dimasukkan ke mana-mana hospital di Pulau Pinang. Sehubungan itu, pihak Jabatan memohon agar semua lapisan masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dan tidak menyebarkan sebarang berita atau informasi yang tidak sahih atau benar yang boleh menimbulkan keresahan dan kerisauan dalam kalangan msyarakat.