Kerajaan Negeri Melaka menafikan dakwaan lima hotel di negeri itu bakal ditutup selepas terkesan dengan penularan wabak COVID-19.
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, hotel-hotel yang terletak di bandar Melaka itu bukanlah ditutup kerana kesan ekonomi akibat COVID-19, namun dalam proses penjualan kepada pihak ketiga yang bermula sebelum COVID-19 mahupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan.