Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Tidak Pernah Mengeluarkan Arahan Saringan COVID-19 Kepada Orang Awam Yang Telah Mengunjungi Sebuah Pasaraya Di Masjid Tanah

TULAR:
1537

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Jabatan Kesihatan Negeri Melaka:

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka ingin merujuk kepada satu mesej tular yang telah disebarkan melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial lain pada 5 Mei 2020 berkenaan hebahan saringan COVID-19 kepada orang awam yang telah mengunjungi sebuah pasaraya di Masjid Tanah.

Jabatan ini ingin menjelaskan bahawa pihak Jabatan tidak pernah mengeluarkan arahan saringan tersebut. Bagaimanapun, sesiapa yang pernah terdedah kepada faktor-faktor risiko jangkitan COVID-19 dan mempunyai simptom COVID-19, anda dinasihatkan untuk datang menjalani pemeriksaan di mana-mana fasiliti kesihatan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Melaka


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI