Individu Dari Zon Merah Dan Pulang Dari Luar Negara Ke Perlis Sahaja Diwajibkan Menjalani Kuarantin

TULAR:
4148

Menurut kenyataan media Kerajaan Negeri Perlis:

Kerajaan negeri ingin memaklumkan kenyataan-kenyataan di media sosial seperti yang diterbitkan mengenai arahan yang menyatakan bahawa semua individu yang memasuki Perlis sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin adalah tidak tepat.

Peraturan bagi penentuan seseorang itu perlu dikuarantinkan masih tertakluk kepada arahan-arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang kemudiannya diselaras dan dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri.

Dalam hubungan ini, semua individu dari Zon Merah dan kes-kes individu yang pulang dari luar negara ke Perlis hendaklah melalui saringan kesihatan dan seterusnya melalui proses kuarantin selama 14 hari.

Untuk pergerakan antara negeri, individu diminta untuk jalani saringan kesihatan di klinik kesihatan bagi menentukan risiko jangkitan sebelum diputuskan keperluan untuk kuarantin atau tidak.

SUMBER:

Facebook Rasmi Menteri Besar Perlis

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI