PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat ibu gajah yang mengamuk di Kelantan kerana anaknya dilanggar oleh kenderaan.
Ketua Polis Gerik Supt Ismail Che Isa menafikan dakwaan berlakunya insiden ibu gajah mengamuk susulan kejadian itu seperti yang tular di media sosial.
Beliau berkata, kemalangan berlaku sekitar 2.30 pagi ketika seorang guru yang sedang dalam perjalanan dari Tanah Merah, Kelantan menuju ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Arau, Perlis.
Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita itu dan menimbulkan kebimbangan untuk pengguna melalui jalan itu.
SUMBER :