Kerajaan Perak Beri “Bonus Rakyat 1Perak (BR1P) Sempena Ramadan?

TULAR:
236

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa kerajaan negeri Perak memberi ”Bonus Rakyat 1Perak (BR1P)” sebanyak RM750 kepada rakyat Perak yang berumur antara 18 hingga 55 tahun sempena menyambut bulan Ramadan. Mesej yang tersebar itu turut menyertakan satu pautan bagi mereka yang berniat memohon bonus berkenaan.

Sumber gambar: Whatsapp

SEBENARNYA :

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menafikan penularan mesej di media sosial kononnya kerajaan negeri Perak  memberi ”Bonus Rakyat 1Perak (BR1P)” sempena menyambut bulan Ramadan.

“Ini merupakan permainan media sosial oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan perkara seperti ini pernah menjadi tular dengan mendakwa saya akan memberi Bonus Rakyat 1Perak dan ia tidak banyak bezanya (penipuan),” katanya.

Tambah beliau, “Jadi saya ingin memaklumkan kepada rakyat di negeri supaya tidak percaya terhadap berita palsu yang tersebar di media sosial ini”.

SUMBER :

Bernama

Berita Harian

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI