Had Laju Diturunkan di Jalan Persekutuan Dan Jalan Negeri?

TULAR:
1981

PENJELASAN :

Pihak  Kementerian Kerja Raya (KKR) memperjelaskan laporan berita bahawa pihak KKR telah menurunkan had laju jalan Pesekutuan sebanyak 10 kilometer sejam (km/j) sepertimana yang tular di media sosial.

Gambar hiasan. Sumber : MyBulletin.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof memperjelaskan bahawa bersempena Aidilfitri, had laju jalan Persekutuan diturunkan sebanyak 10 kilometer sejam (km/j) kepada 80km/j mulai 18 Jun hingga 2 Julai. Bagi jalan negeri, katanya kementerian meminta kerjasama pihak berkuasa negeri untuk menurunkan had laju daripada 80km/j kepada 70km/j.

“Selain itu, kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan bagi jalan Persekutuan dan jalan Negeri serta lebuh raya akan dihentikan mulai 18 Jun hingga 2 Julai semasa musim perayaan bagi memastikan kelancaran trafik. Namun, kerja-kerja kecemasan dan kritikal adalah dikecualikan,” katanya.

SUMBER :

Bernama

Berita Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI