PALSU:
Tular di media sosial dakwaan bahawa Ibu Pejabat Polis Bukit Aman diserang 4 pengebom berani mati dan telah mengakibatkan kematian 10 orang anggota polis dan 5 cedera. Mereka yang meninggal dunia dikatakan adalah Ketua Polis Negara, seorang anggota cawangan khas, seorang menteri dan seorang wakil rakyat.
Sumber gambar: Facebook
SEBENARNYA:
PDRM menafikan bahawa terdapat kejadian sebegitu rupa, dan memaklumkan bahawa keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman adalah tenang dan beroperasi seperti biasa.
Berikutan penyebaran khabar angin tersebut, satu laporan polis telah dibuat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, yang membawa hukuman penjara dua (2) tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.