Individu Ancam Letupkan Kompleks Imigresen Rantau Panjang?

TULAR:
684

PENJELASAN : 

Pihak polis memperjelaskan laporan bahawa seorang individu ditahan atas dakwaan cuba meletupkan pondok kawalan sekatan jalan raya (SJR) Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Berita Harian

Menurut Polis Kelantan, lelaki tempatan yang ditahan adalah sebagai pesakit mental.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Din Ahmad berkata, suspek berusia 30 tahun itu sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di Hospital Tanjung Rambutan, Perak, selama beberapa tahun.

“Kita juga menyiasat dengan teliti barangan dibawa suspek dalam beg sandangnya dan mendapati ia barang yang tidak memungkinkan untuk buat bahan letupan, sebaliknya hanya bijian tepung gandum yang digentel.”

SUMBER

Facebook Polis Diraja Malaysia

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI