Tambang Feri Ke Langkawi Dinaikkan Bermula Tahun 2018?

TULAR:
1099

PENJELASAN :

Kerajaan negeri Kedah memperjelaskan dakwaan bahawa tambang feri ke Langkawi telah dinaikkan sebanyak RM3 untuk setiap penumpang, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Whatsapp.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Badan Bukan Kerajaan Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain, tiada kenaikan tambang feri ke Langkawi, sebaliknya hanya caj pengurusan sebanyak RM3 yang dikenakan kepada mereka yang membeli tiket melalui kaunter.

Beliau berkata langkah itu bertujuan menggalakkan orang ramai membeli tiket secara dalam talian yang masih dijual pada kadar sama.

“Oleh  kerana peruntukan yang banyak dikeluarkan untuk membangunkan sistem dalam  talian ini, satu daripada cara untuk galakkan penggunaannya  ialah dengan mengenakan caj pentadbiran kepada orang ramai yang membeli di kaunter.”

SUMBER:

Kosmo

New Straits Times


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI