Waspada Tawaran Kerja Buruh Di Luar Negara

TULAR:
725

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan tawaran kerja buruh di luar negara dalam sektor perkilangan, perkhidmatan, atau perladangan bagi mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa perhambaan moden.

Sumber gambar: Berita Harian.

Menurut Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, siasatan awal mendapati masalah buruh haram melibatkan rakyat Malaysia di luar negara berpunca daripada penipuan pihak tertentu yang se­nga­ja memberikan gambaran palsu mengenai keadaan pekerjaan tersebut.

 “Apa yang digambarkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini jauh sekali dari realiti yang bakal dialami oleh rakyat Malaysia yang ingin bekerja di luar negara secara tidak sah.”

Tambahnya, tanpa permit atau visa yang sah, mereka boleh berdepan dengan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa tempatan luar negara dan Kedutaan Besar Malaysia juga akan menghadapi kesukaran dalam memberikan bantuan konsular kepada mereka.

SUMBER :

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI